Selasa, 21 Mei 2013

Tahukah wanita tentang tuala wanita apa sebenarnya?


 Maklumat tuala wanita kepada semua wanita di Malaysia
 Berkata tentang tuala wanita, mungkin ianya jarang dipersoal tentang bahayanya kerana ianya menjadi keperluan bagi wanita setiap bulan. Namun di sini, ingin sekali saya kongsikan fakta tentang bahayanya tuala wanita yang berada di pasaran sekarang. Apakah bahaya yang dimaksudkan?

1. Tuala wanita yang anda pakai selama ini bukan dari kapas, akan tetapi dari bahan-bahan yang dikitar semula seperti habuk kayu, kertas yang dikitar semula dan pelbagai lagi.
 

2. Tuala wanita yang berada di pasaran telah mengalami proses "bleaching" atau dipanggil pemutihan dengan menggunakan klorin yang berlebihan untuk memutihkan. Dan apabila digunakan, maka tindak balas kimia akan terjadi di dalam pad wanita itu akibat haba dan mengeluarkan sejenis gas yang dikenali sebagai "dioxin".


3. Dioxin ini diisytiharkan secara rasmi sebagai toksin dan bahan beracun yang mampu merosakkan rahim wanita, menyebabkan senguggut yang melampau, kemurungan, kegatalan, dan yang paling parah, boleh menyebabkan terjadi kanser pangkal rahim ataupun kanser rahim.

4. Tuala wanita yang berada di pasaran sekarang tidak terjamin dari segi kebersihannya kerana dari segi pembungkusan ianya sudah terdedah kepada habuk, bakteria, kelembapan dan sebagainya kerana pembungkusan pad yang berharga murah tidak dapat ditutup selepas dibuka. 

5. Tuala wanita yang berada di pasaran sekarang mengandungi bakteria 11x ganda lebih tinggi dari piawaian antarabangsa. 

6. Kalau kita perhatikan, tuala wanita yang ada di pasaran tidak terdapat tarikh luput atau tarikh bila ianya dibuat. Disini boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna dari segi keselamatannya kerana pad yang sudah lama dibuat, dan tidak ada tarikh luput boleh menyebabkan perempuan terdedah kepada pelbagai penyakit yang serius dan berbahaya. 

7. Pelapik diluar tidak telus haba dan ianya menyebabkan haba dari darah haid terperangkap, alat sulit menjadi berwap dan tidak selesa. 

8. Pad wanita yang berada di pasaran sekarang TIADA bahan Anti Bakteria. Di sini, bakteria mudah terkumpul di dalam pad wanita kerana di dalam darah haid mengandungi protein dan apabila bakteria ini berkembang, maka, bakteria akan masuk melalui vagina dan seterusnya menyerang sistem imun badan dan melemahkannya. 

9. Ada sesetengah produk tuala wanita mempunyai bauan herba yang kuat dan ini akan membuatkan wanita menjadi malu kerana bauan itu kerana secara tidak langsung MENGUMUKAN yang anda datang bulan. 

Untuk pengetahuan anda, kanser serviks menjadi pembunuh no 2 di dalam Malaysia ini dan sebab utamanya adalah berpunca dari tuala wanita yang anda pakai selama ini. Memang anda tidak ambil kisah akan hal ini, namun, apakah anda mahu, diri anda diserang penyakit yang sampai hari ini masih belum ada penawarnya? Oleh itu, bertukarlah kepada pad yang selamat dan menjamin keselesaan anda ketika datang bulan.

Setiap pemberian dari yang MAHA KUASA perlu dihargai setiap orang termasuklah MAKHOTA WANTA. Hidup tidak akan bermakna jika ianya tidak dijaga dengan baik..





Dibawah ini tentang Kanser SERVIKS/Pangkal Rahim





Sumber daripada : http://www.ukm.my/medipro/home/poster_kesihatan.asp?ID=5

wanita baru tahu hal ini bukan...tuala wanita tu diperbuat daripada bahan terbuang dan dikitar semula...Nak gunakan lagi ke?....

Renungan:
Hargailah pemberian sempurna daripada Allah kerna, bila masa ianya rosak atau dijangkiti penyakit pasti untuk mengubatinya hanya sia-sia sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan